Mungkinkah Ramadhan Terakhir?

Untitled
ASSALAMMU'ALAIKUM.


"ALHAMDULILLAH. Ya Allah, terima kasih kerana KAU telah beri peluang kepada kami, hambaMu untuk merasai ramadhan tahun ini, Ya Allah. Terima kasih kerana telah beri peluang kepada kami untuk melaksanakan puasa terbaik pada ramadhan tahun ini. Terima kasih, Ya Allah."

Terasa sekejap Ramadhan tahun ini. Terasa tidak mencukupi 29 hari ini untuk beribadah. Diri ini bagaikan tidak mahu ditinggalkan oleh bulan barakah ini. Ya Allah. Adakah Ramadhan yang cepat atau diri ini yang lambat? Ya Fattah, bukakan pintu hati ini. Ya Ghaffar, ampunkan hambaMu ini jika kami tidak dapat beribadah seperti umat RasulMu yang terdahulu. Qiam dari awal pagi sehingga Subuh. Mulia sungguh ciptaanMu, Ya Allah.


“Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” (HR. Ahmad).




Alhamdulillah. Aku rasa sepanjang aku pernah berpuasa dari 7 tahun, sampai sekarang, tahun ni la yang paling seronok sekali. Rasa macam terisi jiwa kosong ni. Tahun ni aku form 1. And again, Alhamdulillah, i've chosen to be one of the awesome SAM Bestari's student. Bermacam pengisian yang aku dapat waktu ramadhan. Tazkirah, pertandingan sempena ramadhan, nasihat-nasihat yang cikgu-cikgu bagi, cerita-cerita pasal zaman Rasulullah. Alhamdulillah.


Aku ingat, masuk sekolah agama ni bosan. Seriously first time i got there, i feel like err what the hell are my parents going to put me in this boring school. But at last, i can see the nur of islam here. The nur of islam that i just see in here. That i've never see outside there. Sekarang aku rasa takut sangat. Takut bila aku dah keluar sekolah ni, aku kena bergaul dengan orang-orang yang lain pemikirannya dari kitorang. Allahuakbar.


Ramadhan tahun ni rasa sekejap kan? Sekejap sangat. Tapi rasa sangat pelik pulak. Sebab waktu Ramdhan ni, Allah akan buka pintu syurga dan akan tutup pintu neraka. And the weirdo is, people keep talking 'bout raya. People now are happy leaving this sharuttarbiyah. Sebenarnya kalau kat Arab Saudi sana, diorang menangis bila dah nak raya. Diorang berdoa "Ya Allah, jangan pertemukan kami dengan Syawal, Ya Allah." Diorang taknak main bunga api, mercun, BOM*amik kau  and so on (ada pulak kan kind of killer centu kat sana) -__-



"Syurga memiliki 8 pintu, salah satu pintu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja."




First day aku berpuasa kat sekolah, and the first time aku berpuasa without my family, aku rasa sekejap sangat. And i 've started thinking, kalau first day punya cepat camtu, lagikan the next another day kan? Hm tingggg. Andaian aku tepat sangat. Hari-hari selepas tu rasa sekejap sangat. Aku rasa sedih sebab dunia dah nak kiamat. Hm tanda-tanda besar kiamat :'( Ya Allah, katakan kepada RasulMu aku ingin brdamping dengan baginda pada Hari Akhirat. Aku tak layak nak masuk syurga tapi aku taksanggup nak hadapi panasnya nerakaMu.



Berdoa. Banyakkan doa. Amalan. Banyakkan amalan. Solat. Banyakkan solat. And puasa. Banyakkan puasa. Bukan setakat puasa wajib, puasa sunat sekali kita digalakkan. Tak teringin ke kita merasai syurga? Tak teringin ke kita jika nama kita disebut di atas sana? Allahu Rabbi :'(

Ha! Sekarang kita dah masuk 10 hari terakhir. Masih berbaki 2 malam untuk kita meminta keampunan Allah, untuk kita qiam. Untuk kita mengejar Lailatul Qadar :') Aku nak share sikit amalan-amalan yang aku diajar kalau tak boleh solat pada 10 malam terakhir. Yuckk, rasa janggal bila sebut pasal benda ni. Okay takpe -_- Straight to the point.


i) Redha dengan ketentuan Allah :')
ii ) Bangun pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran
Melihat dan membaca terjemahan ayat Quran dan menghayati maknanya.
Berzikir iaitu mengingati Allah sama ada melalui hati, lidah atau perbuatan. Contoh zikir: 
-Subhanallah (Maha Suci Allah)
-Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah)
-Allahuakbar (Allah Maha Besar)
-Lailahaillallah (Tiada Tuhan selain Allah)
Banyakkan berdoa :)
Doa Lailatul-Qadar




"Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjadikan pemisah berupa sebuah parit antara dia dengan api neraka yang jarak parit tersebut antara langit dan bumi" (Turmudzi dan Thabrani)


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. So sorry for the boring post. And please, just take the ibrah here :) Jazakumullahu Khair.

ASSALAMMU'ALAIKUM.

2 comments:

  1. assalamualaikum..puteri :)

    wlu mcm mana sygnya kita pd ramadhan..ia tetap akan berlalu meninggalkan kita.

    semoga segala amalan yg dilakukan spjg ramadhan 1434H ini diterima disisi Allah. :)

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.