Mencari Kenangan Lama.

... 
" 2 Kindi, i will always remember you. "


ASSALAMMU'ALAIKUM.


Aku baru balik dari Aeon Big, Seksyen 23. {gaya cam jauh, belakang rumah je pun} Besok birthday adik comel aku, Abdul Muiz. Dulu memang comel, sekarang handsome. Melting pulak aku hahahaha okay abaikan sebab tak lawak pun.

--------------------->
               Dulu                                                                          Kini dan selamanya {BN k haha}


Yeah, memang comel. Macam aku lah kan. {krik krik krik} Okay. So tadi aku baca blog Aliya Syahira Binti Mohd Jalal. Sumpah terharu. Terharu gila beb. 

Dia update pasal 1 Kindi 2013. Memang aku tak sepuitis dia, taip dengan penuh perasaan. Aku ni pandai merepek je. Tapi bila aku baca post dia, sumpah menitik air mata beb! Aku rindu 1 Kindi, kelas lama. Rindu sangat.

Sebelum tu, Aliya, harap maaf. Hehe. So lets get started.

Cikgu cakap 1 Kindi bising. Bagi aku Kindi memang bising. Dan of course, sebab utamanya adalah PEJAL. Oh ya, Akmal sekali. Sekali imbas tengok diorang, semua tahu dorang ni jenis funny. But the reality is, they are annoying. Lol.

Nampak tak? HAHAHAHA, {Akmal, sorry hahaha} Penceria Kindi dulu dan selamanya.


 
I love you guys! :D


Nurul Atiqah Binti Kasim. Bendahari yang sangat cintakan duit. {bendahara muzakkir okay xD} First-first dapat duduk sebelah kau, kau diam je. Yelah 25 jam sehari hadap buku. Tidur pun kengkadang. Tapi bila aku tersengguk, kau urut sedap woo (y) Bila dia tersengguk, aku urut aku rasa membuatkan kau lagi nak tidur haha. Tapi apa apa pun, you're perfect to me. PRS ye tahun ni :D

Khairunnisa Khairul Rizal. Badar mantop. Banyak ciri kepimpinan. Bila aku buat lawak hambar, dia mesti cakap "Aida, sebenarnya tak lawak pun." Then semua orang gelak. Aku pulak dah ready nak baling buku sejarah. Maklumlah, buku tu je yang layak dibaling hahahahahahaha. Aku banyak pegang rahsia dia, aku sayang dia dunia akhirat :D

Aida Maisarah Mohd Murtadza. Aku memang rindu kau. Aku rasa terlalu rindu kau sekarang. Kau selalu cite masalah kat aku. Ouch. Kita nangis sama-sama, gelak sama-sama, mandi makan sama-sama. Aku sayang kau! :'D {crying}

Sofiah Hayub, walaupun badan kecik, tapi kau AJK DM yg semangat. Kita tak rapat dulu, tahun ni baru start rapat kan? :') Aku suka tengok mimik muka kau bila kau tuang lauk untuk aku, lagi-lagi bila aku habis kawad dengan muka berpeluh, tudung tak bajet, "Terima kasih cik! Buat keje elok-elok!" Aih comel sangat muka kau!

Aliya Syahira. Tinggi, tough. Aku tak suka tengok kau nangis! Aku suka bila kau tunjuk gigi kau yang atas tu. Memang sama dengan gigi aku {eh amende ni xD} Bangga pulak. Waktu awal masuk sekolah, muka kau familiar gila. Rupanya kita pernah jumpa. "Kalau jodoh tu tak ke mana dah -.-"

Siti Zainab Binti Sahardin. Kita memang tak rapat dulu, tahun ni baru rapat. Aku suka kau {bukan gay or lesbian kay} Budak laki semua sebenarnya nak kau jadi PKK, hahaha sebab aku ni kan haram jadah. Boleh tak kau berhenti meninggi? :(

Nur Aqilah Binti Zailani. Tahun ni rapat jugak. Pandu Puteri sesama. Kawad tahun lepas sama-sama. Sweet gituh. Semoga kau menjadi PRS yang bertambah-tambah lemak di pipi <3 <3

Nisa Dayana Ahmad Kamal. Budak yang paling takde perasaan dalam dunia. Tahun ni baru kau start ada perasaan. Kau dulu sekarang selamanya sama je. Cantik. Paling tak boleh blah, kau meninggi {how DARE you! xD} "Jangan Bayangkan!" Nanti aku lapar buat homework kat dorm, kau sedekah la makanan lagi. Bagi aku tidur tak bangun bangun hahaha.

Siti Maisarah Mohd Abdul Ghani. Aku kalau eja nama kau, memang selalu lupa letak MOHD. Tapi kalini aku ingat yeahhhh! {bangga} Kau ni banyak sangat pengetahuan am, tolonglah bagi aku sikit :( Kau pandai. Walaupun kau dah tukar kelas, tapi aku tak rindu pun kau hahaha toksah touching kita kan sama dorm <3

Fatini Shamleen. Aku memang minat kawad, kau lah yang ajar aku setiap kali waktu PJ {walaupun PJ sebulan sekali -.-} Aku rindu kau, tahun depan kau pakai lah dua lapis baju hijau. Nilam kau bagi sampai Juta pulak eh? Hahahaha aku sayang kau <3

Insyirah Rostam Araffat. Aku paling ingat Pak Cik Rostam sebab nama yang unik. Oh ye! Kau pun unik okay. Kau lah yang ajar aku buat origami. Ingat tak kau ajar aku buat bunga lepas tu kite hias kelas sesama. Kau buat bunga, aku panjat and tampal hanya sebab aku lagi tinggi lepastu kau nak jugak panjat tapi tak sampai hahaha {walaupun hakikatnya aku sebenarnya pendek

Raisatul Mirza Mohd Rifa'ie. Pemimpin {Daniel Mirza hahaha adik beradik <3} Kau comel, aku teringin nak cubit pipi kau tapi tak kesampaian haha kau garang takut aku. Tapi kau comel! Hehe aku sayang kau!

Nurul Hannah Binti Mohd Suhaimi. Bila kau cakap je mesti budak lelaki ajuk balik. Hahaha xD {sebenarnya aku pun suka ajuk jugak haha} Kau comel sangat xD Aku sayang kau, nanti bila jumpa jangan malu malu tau hehe :D

Suara dah macam bapak orang semua -.- Haha.


Untuk ikhwah, terima kasih sebab dah ceriakan kelas Kindi. Faizal, Akmal, Fifi, Faiq, Hariz, Muzakkir, Luthfi, Adam, Haikal, Hazim, Luqman, Asrul, Hafiz. Sorry aku tak tulis nama panjang, sebab aku tak ingat nama bapak korang {nama penuh pun tak haha} Terima kasih sebab dah buat macam-macam untuk kelas dengan ikhlas, waktu aku terkontang-kanting buat kerja sorang sorang. Terima kasih dah bagi banyak cabaran kat aku, buat aku lebih tabah tahun ni. Jazakillahukhairuljaza' *sila baca dengan versi suara Adam. haha


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih .Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih. (Abu Daud)


1 Kindi 2013. Aku mintak maaf, aku bukanlah PKK terbaik. Aku ni memang kuat mengarah. Aku kuat melenting. Aku ni tak reti buat kerja. Aku ni slow. Aku ni queen control. Aku ni kuat sentap. Aku suka cakap pasal politik {tulis jugak walau tkde kena mengena -.-} Aku tak mampu nak mintak maaf kat sorang-sorang sebab aku ni manusia biasa, mungkin lagi hina dari korang, banyak sangat dosa. Korang memang dah buat aku sedar banyak benda.

Aku memang sayang sangat korang, sayang sangat-sangat! Tahun ni kalau ada apa-apa teguran, tegur la lagi. Aku nak ubah diri aku. Aku cuba untuk tak jadi macam tahun lepas, tak habis-habis sound lelaki. {walaupun kengkadang rasa nak bunuh diri tengok pejal bertukar jadi rosmah -.-} So semoga kita dapat pergi syurga sama-sama. Sederet 1 Kindi, masuk syurga Firdaus, ramai-ramai :') Amin. 

True bitches 😢😡
Jangan lupakan memori kite :)


In Sha Allah, nanti form 3 kalau ramai yang pindah, kita still berhubung. Ukhuwah Fillah Abadan Abada gituu. Sorry lah post panjang sangat. Aku tau takde orang nak baca pun. Okay nak habis la ni, nak habis dah! Jangan berhenti membaca! {lol}


Ni last, betul-betul last! Aku ingatkan, sila komen ramai-ramai supaya trafik blog aku bertambah dan dapat duit hehe. {krik krik

Yang baik tu dari Allah, pastinya. Yang buruk tu dari aku sendiri. Correct me if im wrong :) Okay okay tau dah menyampah. K cauuuuu.


ASSALAMMU'ALAIKUM.

3 comments:

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.