Ramadhan, We Miss You.

Welcome Ramadhan 😁
Caption : Ramadhan is coming very soon :)


Assalammu'alaikum.

Everyone is talking about ramadhan.

1 day to go!

Dan di sini, aku ingin berkongsi tentang tazkirah Ihya' Ramadhan kat sekolah semalam. Ustaz Sharif Bin Rahmat.

Best! Seminit pun aku tak tidur. Heh.

_______________________________________________________________


Ada orang, dia nampak ramadhan sebagai suatu rahmat untuk ke syurga.

Ada orang, dia nampak ramadhan sekadar berlapar berdahaga terseksa.

Ada orang, dia nampak ramadhan untuk sakan beraya.

Tapi persoalannya, apa yang sepatutnya kita nampak kat ramadhan ini?


"Who you are always determine the way you see."


Kebiasaannya, bila ramadhan, semuanya baik-baik belaka.

Bila masuk syawal, perangai lama kita datang menjelma.

Salah siapa? Setan?

Sentap mak kau!

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." {Surah AlBaqarah : 183}

Allah seru kita untuk berpuasa dengan lemah lembut, pujuk rayu, belas kasihan - "Wahai orang-orang yang beriman.."

Okay, apa bezanya, 

"para hadirin dijemput makan di dewan yang disediakan."

dengan.........

"para hadirin yang dihormati, jemputlah makan di dewan yang disediakan."

Bagi aku, yang kedua ni lebih nampak sopan. Betul?

Makanya, sanggup ke kita tolak arahan berbentuk pujukan Allah ini?

Macam mana nak istiqamahkan diri?

Macam mana nak kekalkan ibadah kita selepas ramadhan berlalu pergi?

Aha.

Cuba tanya diri. Aku beribadah kerana ramadhan atau kerana Allah?

Aku beribadah kerana adat atau kewajipan?

Ramadhan ni bagaikan marathon.

Pada fasa pertama ramadhan {10 hari pertama}, sebaiknya kita berlari anak dahulu - mulakan ibadahmu dengan perlahan dan belajar untuk ikhlas.

Fasa kedua {10 hari tengah}, kita bersedia pecut - mula dengan qiam, solat tahajjud 2 rakaat pun okay :)

Fasa ketiga {10 hari akhir}, kita pecut untuk ke garisan penamat - beribadah sebanyak yang mampu. Ikhlas!

Marathon. Mana ada orang start marathon terus pecut. Tak habis lagi, nanti dah pancit :3

Dan satu lagi pesanan, ramadhan bukan syurga makanan.

Tabiat kita memang susah nak diubah selagi kita sendiri tak nak ubah.


"Keikhlasan itu bermula dengan paksaan."


Satu soalan untuk diri - Aku ni dah ready nak mati ke

Dush
_______________________________________________________________



Jadinya, selamat menunaikan ibadah puasa.

Ampun maap atas segala kata-kata yang tak seharusnya.

Ampun maap entry terlalu panjang sehingga peluh ketiak nak scroll.

Aku jua manusia, selalu terlupa.

Akhir kata, jaga diri, jaga iman, jaga solat, jaga ikhtilat

Moga syurga destinasi tetap kita selamanya :)

Assalammu'alaikum.

2 comments:

  1. Tak peluh ketiak pun. selamat menjalani ibadah puasa aida :)

    ReplyDelete
  2. Aku Nak Jadi Baik12 July 2014 at 07:06

    mantap,sikit tpi padat >0<

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.