Showing posts with label tried. Show all posts
Showing posts with label tried. Show all posts

Real Ukhuwah.

Summer♡
Me and you will last long forever, in sha Allah.



ASSALAMMU'ALAIKUM.

Hampir lima bulan tangan aku tak menyentuh papan kekunci. Kekangan masa, masalah melanda dan periksa. Semuanya berjalan dengan pantas.

Dan sekarang aku ingin cuba untuk teruskan penulisan. First of all, sorry for any awkward. So lets get started!

□□□□□

Malam tu program badar. Bacaan surah harian. Aku pegang tafsir sebelah tangan dan cuba untuk membaca. Tapi mulut aku tak bergerak.

Kaku. Kelu.

Fikiran aku menerawang. Dan air mata aku tiba tiba bergelinang.

" Ya Allah, tabahkan aku. "

Aku terus menangis. Sebelah lagi tangan aku menyapu air mata yang menitis.

Semuanya berjalan terlalu pantas. Bacaan surah harian tamat. Dan aku? Langsung tidak membaca.

Aku bangun ke para, meletakkan tafsir merah kesayangan aku.

Dan aku pergi ke Najihah.

" Najihah, temankan aku. "
- " Pergi mana? "
" Tak tahu, aku nak nangis. "

Dia peluk aku. Kuat. Mungkin dia nak salurkan semua kekuatan yang dia ada. Atau mungkin dia nak aku tau yang dia ada kat sisi aku waktu aku perlu.

Aku menangis sampai aku puas. Dan program badar malam tu, aku rasa hambar sangat.

Dan bila dia tanya aku, kenapa aku nangis. Dan bila sesiapa tanya kenapa aku nangis. Aku cuma senyum, "takde apa."

□□□□□

Periksa geografi. ((lebih kurang open book test))

Bila aku dah siap, pandangan aku melilau.

Mata aku berhenti dekat sesuatu "objek", bertudung labuh, membaringkan kepala atas meja dan pegang pen.

Dan tiba tiba aku menangis. 

"Ya Allah, aku rindukan dia. Aku dah kehilangan dia yang aku sayangi. Dan aku sayang dia kerana Mu. "


Aku pujuk hati sendiri. Aku pandang dia tak berkedip, tak berkelip.

Tiba tiba kami berkongsi satu pandangan. Pandangan kosong. Atau mungkin pandangan benci.

Aku menunduk dan dia menghalakan matanya ke arah lain.

Aku mengusap muka aku. Dan aku beristighfar berkali kali. Aku kena yakin yang semua yang berlaku ni, ada hikmah.

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan. " (assyarh : 5, 6)


Aku adalah punca kenapa persahabatan kami jadi begini.

Aku sendiri tak pasti.

Apa yang aku tahu, aku sayang dia.

Dan sejak daripada tu, aku menangis setiap kali aku terpandang dia.

Perasaan kehilangan ni, bukan sebab dia mati. Dan takkan sama kalau dia mati.

Aku rindu dia, itu pasti.

□□□□□

Aku rindukan persahabatan kami yang dahulunya sarat dengan gelak tawa. Dia dekat tapi terlalu jauh untuk disapa.

Aku tak pernah menangis disebabkan kawan, and this would be the first time, I guess.

Kadang kadang aku rasa putus asa. Putus asa dengan segalanya sebab aku terlalu perlukan dia, sebab aku terlalu sayangkan dia.

Dan prep malam (yang besoknya periksa khb), aku pergi 2 Farabi.

" Nafisah, temankan aku, aku nak nangis. "

Dan dia korbankan masa dia, untuk aku.

" Puteri, kalau kau nak nangis, nangis je sampai kau puas. Sebab kadang kadang nangis boleh buat kau rasa tenang. Dan kau cuba nangis luahkan kat Allah. "

Dan bila aku cerita sikit kat dia, dia senyum. Aku tahu, dia pernah lalui something yang lagi teruk daripada aku.

" Mungkin Allah nak tunjuk yang selama ni kau terlalu bergantung dekat manusia. Mungkin Dia rindu nak dengar kau mengadu. Dan ini masa paling tepat. "

Dan waktu tu, aku mengiakan dalam hati.

Betul. Selama ni aku dah lama dalam zon selesa.

Berada di kalangan kawan kawan yang sentiasa bersuka ria.

Dan susah untuk aku menangis kerana dosa yang aku ada.

Waktu itu, masa itu, Allah nak ingatkan aku dengan dunia yang takkan lama.

Aku cuba mengukir senyuman.

Aku cuba tiupkan semangat.

Walau aku kehilangan seorang sahabat yang aku sangat sayangi, aku tau yang Allah akan bagi ramai lagi.

Walaupun dia tiada pengganti, aku akan terus sayang dia.

Ukhuwah tu bila dia perlukan aku, dan bila aku perlukan dia. Memang aku perlukan dia, tapi dia sebaliknya.

Dan mungkin lebih banyak kebaikan kalau hubungan kami dileraikan.

Mungkin untuk seketika. Kami perlukan ruang untuk lupakan persengketaan, mungkin.

Dan aku cuba untuk lupakan segalanya.

□□□□□



Cerita yang aku coretkan ini, hanya perkongsian. Atau mungkin kalian boleh ambil sebagai pengajaran.

Tangan aku pun bergetar nak tekan publish. Hati aku sendiri ragu ragu.

Okay, bismillah.

Bye.

ASSALAMMU'ALAIKUM. 

Jannah or Jahannam?

The Berry
Caption : Our way, our destiny.


Assalammu'alaikum.

Aku banyak kesalahan. Aku akan cuba betulkan.

Tanganku akan terus menari di atas papan kekunci. Moga sampai ke lubuk hati.

Dengan lafaz bismillah. Kakiku melangkah.


 ______________________________________________________________________


Jam loceng berbunyi. 5 : 50 pagi.

Hati kita yang membuat pilihan. Sama ada menggerakkan tangan, menutup jam tersebut. 

Atau, "lima minit lagi." 

Atau menggerakkan kaki, menguatkan hati. Solat Subuh di awal waktu.

Usaha untuk bangun. Usaha untuk kuatkan hati.

Atau....

"Ah, Qada' je la nanti."

Mana satu pilihan kita? Mana satu kebiasaan kita? 

Terasa batu hempap muka. 


"Usaha tanpa doa itu sombong. Doa tanpa usaha itu bohong."

_______________________________________________________________________


Azan dah berkumandang.

Tapi, tengah chatting ni! "Ah, kejap lah."

5 minit.... 
10 minit.....
15 minit.....
30 minit......

"Takpe la, Zuhur kan panjang waktunya? Kalau tak ikhlas solat awal waktu, baik tak payah buat."

Keikhlasan bermula dengan paksaan. Memang. Allah sebut dalam Surah Al-Baqarah,

"Tiada paksaan dalam agama (islam)......" {2:256}

Tapi ayat tu dikhususkan untuk orang kafir. Tiada paksaan untuk masuk islam. 

Tapi bila kita dah masuk islam, kena paksa diri kita untuk beribadah. Sebab apa?

Sebab keikhlasan bermula dengan paksaan.

Hatta ringankan solat pun, azabnya neraka.

Hatta seringan-ringan azab di neraka pun, dibakar kaki sehingga menggelegak otak.

Sanggup ke kita?

"Perkara dunia kau buat dengan bahagia,
Pada ibadat kau buat ala kadar sahaja,
Dan kau jangka untuk ke syurga?"


_______________________________________________________________________


Hati aku berfikir untuk kali ke 98. Wajarkah aku menulis bagai raja, sedangkan aku sendiri tidak sempurna?

Tanggan aku menggeletar ketika menekan button "publish". Layakkah aku?

Tapi, aku yakin. Kerana ini ilham daripada Allah. Aku yakin.

Manusia tidak pernah akan sempurna. Jika menunggu manusia sempurna untuk menegur, makanya tiadalah da'ie

Jadi, kesimpulan terakhir. Solatlah di awal waktu. Aku mengingatkan kamu dan aku jua diingatkan.

Perubahan memakan masa. Tapi jangan terus terleka

Kamu. Tolong pimpin aku ke syurga. Kita ke sana, bersama :')

Ampun maap atas segalanya.

Assalammu'alaikum.

Yang Tertutup itu Indah.

Caption : No caption.

Assalammu'alaikum.

Akan ku cuba menaip. Setulus yang mungkin. Seikhlas yang mungkin. Sehabis yang mungkin. Kerna aku ingin dunia melihat. Ya, aku inginkan suatu perubahan. Walau aku tak sempurna. Aku akan cuba.


When I go out, people will look me. People will look my dressing, the way I walk and talk. I am a MUSLIM and i must be like a MUSLIM.


Aku sendiri akui, menutup aurat dengan sempurna, memang susah. Dan aurat. Ah, suatu yang remeh. Dipandang enteng.

Tapi, kerana aurat, lebih ramai perempuan di neraka berbanding lelaki. 

Kerana aurat, seorang perempuan dirogol oleh 38 orang lelaki.

Kerana aurat, iman seorang lelaki goyah.

Kerana aurat, perempuan kini tidak lagi dipandang sebagai perhiasan terbaik dunia.

Semuanya bermula dari aurat. Ya.

Aku sendiri pernah freehair. Aku sendiri pernah keluar berlengan pendek. Aku sendiri pernah keluar tanpa stokin

Tapi semua boleh berubah. Daripada lengan pendek, boleh berlengan panjang. 
Daripada stokin kaki, bolehlah tambah stokin tangan :) Ehe.


Biar gambar berbicara.


Tutup aurat tu takperlu tunggu hidayah. Sebab apa? 

Sebab hidayah tu tak datang bergolek. Kita yang kena cari hidayah

Hidup kita ada dua keputusan. Sama ada syurga atau neraka. Dan kehidupan di syurga tu, selamanya. Just imagine! Selamanya. Dan selama-lamanya.

Panas sikit je kat dunia. Nanti kat syurga, wah sejuk je.


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).... {Surah Al-Ahzab : 59}
Previous
Next_______________________________________________________________________
                ______________________________________________________________


"Tak sembahyang takpe, freehair takpe. Asal hati baik sudah. Orang pakai tudung pun hati busuk."

Ah, sudah. Orang macam ni, sebenarnya sedang menunjukkan kebanggaan dengan kejahilan dalam keegoan. Menganggap diri sendiri dah baik, walhal berani melanggar perintah Allah. Itu dikatakan baik?


"Ala, apa benda ni tutup litup bagai? Tak ikut trend. Tak moden!"


Satu masalah lagi.
Pakaian kurang kain, itu bukannya moden. Jika semakin kurang kain itu semakin moden, maksudnya beruklah yang paling moden

Kalau kita hidup semata untuk manusia, makanya bersiap-sedialah menanggung malu di akhirat.


Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian. -muslim-



Ada jugak, "doakan la i dapat seru pakai tudung. Banyak pahala uolls."

Memang bagus kita ada niat nak tutup aurat. Tapi jangan mengharapkan doa sahaja tanpa usaha tuan empunya badan. Sebab apa?

Sebab doa tanpa usaha itu bohong. Dan usaha tanpa doa itu sombong.


          __________________________________________________________________



Maka, berubahlah. Perubahan memang memakan masa. Tapi jangan pula menunggu masa dan terus terleka.

Kerana masa tidak akan menunggu. Mati tidak akan menunggu.

Jika kita masih berada di takuk yang lama dan tak kepingin berubah, ketahuilah.

Ketahuilah yang baju lama untuk menyarung nangka itu jauh lebih mulia dari baju moden kita yang tak membantu untuk ke syurga.

Mungkin, tajuk ni agak berat. Tapi, memang itu realiti. Kerana kita selama ini seperti di dunia fantasi.

Leka.


Assalammu'alaikum.