I Got What I Want.

I'm okay... | via Tumblr
"I'm very okay, very very okay."


ASSALAMMU'ALAIKUM.


Haritu hari Khamis. 22 Mei 2014. Aku akan ingat tarikh tu, sampai bila-bila. Terpahat.

Last day exam. Sejarah. Fullamak, soalan! Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (?) Bila habis, kitorang memang merdeka. Beban 2 minggu dah lepas. Lega. Sumpah.


"Nanti habis periksa, kita jadi macam biasa eh? Jangan senyap-senyap je. Aku rindu korang, kelas kita yang bising."



Prep petang. Oh ye, lupa nak mention. Malam tu ada jamuan untuk cikgu practical. {kitorang f2 yang urus} Geng aku yang buat kad. 4 card kut. Opkoz le bising kat belakang. Tiba-tiba, Hadisah "Perempuan yang takde kerja, tolong buat card."

Wow. Perempuan lain boleh buat selamba. Kitorang balik lambat semata-mata untuk kad yang mewakili orang yang taknak buat. Whatever. Kad tu dah siap. Thanks for just looking, budak sebelah kerusi.

Kelas memang bising, atau lebih tepat lagi, perempuan. Perempuan yang bising {sebenarnya taklah bising sangat cuma sebab lelaki majoriti yang senyap. puih}. Tiba-tiba budak lelaki sorang tu, "shhhhhhh". Aip pantang aku. Kau pun bising, kau nak suruh kitorang senyap? Aih adilnya? Annisah, Nisa, Amirah dah naik angin. Kitorang buat muka toya.

Tiba-tiba, orang yang sama "Wei korang, KK {ketua kelas} suruh senyap." Pandang tepat kat muka aku. Alamak, menyirap! Apa masalahnya? Kan dah habis periksa? Macam-macam dia suruh kitorang. Hatta nak makan dalam kelas pun dia tak bagi.

Waktu tu dalam fikiran kitorang, menyesal pilih dia jadi ketua kelas. Aku rasa dia benci dengan budak perempuan. Dia seolah-olah anggap kitorang ni budak bawahan dia, mungkin (?) Eh peduli apa. Kk kelas lain pun tak macam kau la. Buak-buak rasa sakit hati.

Kelas terdiam kejap. Aku bangun. "Kau pikir kau sape? Kau bising, nak suruh orang senyap. Kau pikir kitorang kuli batak kau?" Lagi senyap, tegang suasana tu. Aku tak sangka ayat tu akan keluar dari mulut aku. Mungkin aku dah stress sangat. Asyik kena sound dengan KK. Homesick (?)

Aku terduduk. Berkaca mata aku. Amira usap belakang aku. Orang cakap kata-kata menggambarkan sahsiah. Yes, im bad. Aku mintak maaf.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bila balik rumah, aku kerap fikirkan kata-kata durjana yang dah terkeluar. Sumpah, aku tak bermaksud. Aku tak bermaksud nak cakap macamtu. Kalau boleh putarkan masa, aku janji, aku takkan cakap macam tu. Tapi, apa boleh buat.


" Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " -assyarh : 5 & 6-


Aku pegang ayat tu. Aku yakin. Aku terlalu yakin yang Allah akan bagi something yang aku sendiri takkan expect. And........ this is it!






Banyak lagi sebenarnya. Aku pun terkejut. Tapi aku rasa seronok dapat luah A-Z, apa yang aku dan yang lain-lain tak puas hati {sebab selama ni info tu takpernah sampai kat kk}. Mungkin orang akan cakap kitorang ni bodoh kalau percaya bulat-bulat apa yang dia cakap {atau just taip}. Tapi kitorang memang percaya. We really put our trust on him. To make things better.

Selama ni kelas kitorang memang selalu tegang. Apa nak jadi lah kan, even umat islam dalam satu kelas pun dah goyah {tanda besar kiamat}. Kitorang memang suka sangat gaduh, hobi agaknya. Rupanya, salah aku and perempuan lain jugak. Asyik mengumpat je. Aih.

Aku sendiri tak sangka, suci betul hati orang yang aku {and my friends} selalu kutuk tu. Bila fikir balik, remeh sebenarnya. Cuma kitorang terlalu ikutkan perasaan. Kalau aku boleh putarkan masa, aku janji aku takkan salah faham camni. Aku takkan kutuk orang lagi. 

Tapi, apa boleh buat. Aku tak sehebat tu, boleh putarkan masa. Bila aku screencapture dialog aku dgn kk, bila aku send dekat group kelas {perempuan}. Ya Allah, macam-macam tindak balas.

And opkoz, majoriti rasa bersalah. Rasa nak lempang diri sendiri. Malu betul, muslimah jadi macam ni >< Kitorang lumur meja dia dengan sebotol gam gajah. Aha, macam budak kecik.

Rupanya, selama ni kitorang banyak masalah. Semuanya berpunca dari diri kitorang jugak. 

Aku harap, lepas naik cuti ni, everthing gonna be okay. Atau lebih tepat lagi, aku akan pastikan everything is going to be okay. Thats my promise. 2 Kindi mesti bergabung meletup.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay, tamat sudah cerita merepek merapu meroyan ni. Sorry kalau ada yang terasa. Act, aku dah takde idea nak post pasal apa. Ayat pun tunggang langgang

Aku sendiri taktau apa yang nak disampaikan.

Kalau rasa cerita ni remeh, suka hatilah. Apa yang aku tau, no one will feel what I felt until they are in my shoes. Jadi, sila letakkan diri anda di dalam kasut saya :)

And one thing for sure, this post is for form 2 sambest :) Jangan jadi macam aku! Jangan gaduh gaduh! Kita form two kena, I repeat, kena gempak ukhuwahnya! Baru cool~

Kbye. Assalammu'alaikum

Ceh.

2 comments:

  1. Yup.
    Aku juga pernah merasa situasi dimana, "try walking in my shoes" eheh ada di post sebelum ni.

    Paling suka part last,

    "Kita form two, kena gempak ukhuwahnya."

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.