Kifarah.

Bzj
Caption : Deep.


Assalammu'alaikum.

"Kita selalu rasa malas. Tapi, cuba kita fikir. Apa kita dapat kalau kita malas?"


Quote ni membuatkan aku terfikir sejenak.
Aku terkedu.
Aku terkelu.
Aku terkaku.

Deep. Sumpah.

Dan ya, aku percayakan karma

Atau dalam Islam, dipanggil kifarah


"....hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)." {Surah Al Insyiqaaq : 6}



Aku kira, semua orang tahu, semua orang cakna.

Setiap perbuatan kita, pasti ada balasannya, sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Tapi, kenapa kita masih leka, kita masih alpa? Sedangkan mati itu bila-bila

Manusia sememangnya tidak sempurna, selalu lupa. Tapi itu bukan alasan untuk terus hidup bergelumang dengan dosa.

If babies can die before they're born, what makes you think you're too young to die? source ;

Jika kita malas belajar,
Kita akan bodoh.

Jika kita malas solat,
Kita dapat azab.

Jika kita tak hormat orang lain,
Orang lain tak hormatkan kita.

Jika kita suka aniaya orang,
One day orang akan aniaya kita.

Jika kita suka membuka aib orang,
Aib kita juga akan dibuka.


"What you give, you'll get back."


Simple, kan? :)

_______________________________________________________________


Jadi, cubalah berhijrah.

Ampun maap atas kekasaran kata sehingga kalian terasa.

Aku hanya manusia. Tolong tegur kesalahan aku.

Aku mengingatkan dan aku jua diingatkan. 

Peace :)

Assalammu'alaikum.

4 comments:

  1. absolutely, hidup ni terlalu singkat untuk kita bernafas dengan sia-sia. Heh.

    ReplyDelete
  2. betul apa yg Puteri ckp.Kifarah.Thanks sbab bgtahu bnda ni.Bru thu karma itu kiharah.Alahaii~

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.