Showing posts with label regret. Show all posts
Showing posts with label regret. Show all posts

Kifarah.

Bzj
Caption : Deep.


Assalammu'alaikum.

"Kita selalu rasa malas. Tapi, cuba kita fikir. Apa kita dapat kalau kita malas?"


Quote ni membuatkan aku terfikir sejenak.
Aku terkedu.
Aku terkelu.
Aku terkaku.

Deep. Sumpah.

Dan ya, aku percayakan karma

Atau dalam Islam, dipanggil kifarah


"....hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)." {Surah Al Insyiqaaq : 6}



Aku kira, semua orang tahu, semua orang cakna.

Setiap perbuatan kita, pasti ada balasannya, sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Tapi, kenapa kita masih leka, kita masih alpa? Sedangkan mati itu bila-bila

Manusia sememangnya tidak sempurna, selalu lupa. Tapi itu bukan alasan untuk terus hidup bergelumang dengan dosa.

If babies can die before they're born, what makes you think you're too young to die? source ;

Jika kita malas belajar,
Kita akan bodoh.

Jika kita malas solat,
Kita dapat azab.

Jika kita tak hormat orang lain,
Orang lain tak hormatkan kita.

Jika kita suka aniaya orang,
One day orang akan aniaya kita.

Jika kita suka membuka aib orang,
Aib kita juga akan dibuka.


"What you give, you'll get back."


Simple, kan? :)

_______________________________________________________________


Jadi, cubalah berhijrah.

Ampun maap atas kekasaran kata sehingga kalian terasa.

Aku hanya manusia. Tolong tegur kesalahan aku.

Aku mengingatkan dan aku jua diingatkan. 

Peace :)

Assalammu'alaikum.

Quran.

"Islam is still islam without you. And you are nothing without islam."


Assalammu'alaikum.

Quran

Agaknya, sehari berapa kali kita bukak Quran?

Agaknya, seminggu berapa kali kita bukak Quran?

Agaknya, sebulan berapa kali kita bukak Quran?

Agaknya, setahun berapa kali kita bukak Quran?


Terjatuh kerusi. Deep. Sangat.


Aku pun tertanya-tanya.


Aku boleh baca novel 200 mukasurat, dalam masa sehari. 
Tapi Quran sehari, selesai pun susah nak pegang. Susah nak baca.


"Apabila seseorang ingin berdialog dengan Tuhannya, maka hendaklah dia membaca Quran." {Al-Baihaqi}


Semua orang boleh berubah. Cuma perubahan tu memakan masa. 

Dari sehari hanya sepotong ayat, bolehlah tambah dua ayat.

Dari sehari hanya sehelai mukasurat, bolehlah tambah dua helai.

Dari setahun, sekali je sentuh quran, bolehlah tambah sebulan, sekali :)

Takpe, Allah tengok usaha. Sejauh mana kita ikhlas. Sejauh mana kita niat nak berubah. Sejauh mana kita bersungguh-sungguh nak berhijrah.


Kalaulah Alquran boleh berbicara,


Waktu kau kecil, kau bagai teman sejati, Kau sentuhku dengan wudhu', suci, Membaca dengan lirih dan keras.

Sekarang kau telah dewasa. Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.

Aku menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu, dimakan kutu. Aku mohon.

Bacalah aku setiap hari. Kelak aku menjadi penerang kuburmu nanti.


     __________________________________________________________________


Aku menulis dengan harapan, ada perubahan.

Aku menulis mungkin sekadar perkongsian. Atau sekadar pengajaran.

Tapi kau boleh ambil sebagai panduan untuk suatu perubahan.

Makanya, berubahlah. Aku mengingatkan. Dan aku jua diingatkan. Kerana fitrah manusia, al-insan, lupa. Dan selalu terleka.

Dont worry, Allah knows the best for us. Allah knows everything about us

So just smile, and keep on going. Allah is always by your side :)


Assalammu'alaikum.