Malaikat Maut Mengejar.

Hybridization | via Tumblr
Caption : Its our ending.


Assalammu'alaikum.

100 hari sebelum kematian.
Seluruh tubuh badan, bermula daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki akan menggeletar. Akan berlaku selepas Asar.

Kepada yang sedar tanda ni, tanda ni akan berhenti serta-merta. 

Bagi yang leka dan alpa, tanda ni akan beransur pergi dengan serta merta.

Jika kita diizinkan oleh Allah, untuk perasan tanda ni, maka bersyukurlah. Carilah keredhaan Allah.


40 hari sebelum kematian.
Juga berlaku ketika asar. Pusat kita akan berdenyut-denyut.

Akan terjadi, malaikat maut mempelihatkan wajahnya sekilas.

Bagi yang diizinkan Allah, mereka akan berasa bingung, seketika.


7 hari sebelum kematian.
Kita akan berasa tidak selera makan sebelum tu. Tapi pada hari tersebut, selera makan kita bertambah-tambah. 


3 hari sebelum kematian.
Kita akan berasa denyutan di bahagian tengah dahi kita, iaitu diantara dahi kiri dan kanan.

Kalau kita diizinkan Allah untuk merasa benda ni, maka berpuasalah. Itu mungkin yang terbaik kerana selepas kita pergi, perut kita tidak banyak najis. Memudahkan orang yang urus jenazah kita.

Mata kita juga tidak bersinar lagi dan hidung akan perlahan-lahan jatuh. 

Telinga akan layu, hujung telinga akan beransur masuk ke dalam.

Telapak kaki yang terlunjur akan jatuh ke depan dan susah nak tegakkan.


1 hari sebelum kematian.
Waktu asar. Kita akan rasa denyutan di sebelah belakang kawasan ubun-ubun dan turun ke pinggang.

Menandakan kita tak dapat jumpa asar besoknya. 

Hargai asar terakhir tu.


Nazak.
Kita akan rasa sejuk di bahagian pusat dan turun ke pinggang dan naik ke halkum.

Saat ini. Detik ini. Ucaplah kalimah syahadah. Tunggulah malaikat maut menjemput kita.


p/s :  Walaupun tiada dalil atau hadits yang sahih pasal benda ni, dan semua ni berdasarkan yang diriwayatkan oleh Imam Ghazali. Beliau menyedari hal ni dan beliau menyediakan segala persiapan untuk ditanam termasuk mandi, wudhu dan kafan sekali. 

Cuma, ketika sampai bahagian badan dan kepala, beliau panggil abang beliau, Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk sambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika abang beliau nak kafankan muka beliau. {hamboi panjang ps aku}


          ___________________________________________________________________


Ini sekadar perkongsian daripada seorang yang cetek agama macam aku.

Tapi yang kita tahu,

Semua orang akan temui ajal.

Semua orang akan mati.

Aku, kamu dan dia. Semua akan mati.

Ini pasti.

Jadi, bersedialah. Bersedia setiap masa. Jangan leka. Kerana yang hidup pasti mati. Itu realiti.


Ampun maap atas segalanya.


Assalammu'alaikum.

5 comments:

  1. Buat pertama sekali saya mengomen dekat blog anda. hehe.
    :) . Post ini buat aku seram.heh

    ReplyDelete
  2. Ye, mati tu pasti.
    Cuma adakah kita dah ready?
    Fuh, scary

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Usaha sama-sama untuk syurga, okey? :')

      Delete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.