Surah Kahfi?

Caption : No caption.

Assalammu'alaikum.

Sebelumnya, entri ini dikhususkan untuk pelajar sambestari

Dan sebelum itu, sekalung penghargaan dan sebakul ciuman juga sebesen kasih sayang diberi kepada Atiqah Kasim pipi berlemak {jangan tuntut kat sekolah haha}.

Kerana setiap hari Jumaat, beliau akan post di pesbuk. "Kahfi jom?" :)

Itulah sahabat sejati. Mengingatkan.

Sebab aku sendiri asyik lupa, leka. Maklumlah, nak kemas katil pun aku boleh lupa.

_______________________________________________________________

Semua orang tahu, semua orang pasti cakna. Tentang fitnah dajjal pada akhir zaman.

And the fact is, kita memang akhir zaman. 

Fitnah dah berleluasa. Seolah-olah fitnah tu, hujan. Terabur merata.

Dari mana kita nak dapat cahaya kebenaran, sedangkan yang hak dan yang batil jua susah dibeza?

"Sesungguhnya barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." {Hakim}


Keihklasan bermula dengan paksaan. Aku kerap ulang kata-kata ni dalam setiap entri aku. 

Makanya, paksakan diri, ikhlaskan hati. Sebab kita kekurangan cahaya dari illahi. Jadi, kita harus mencari. 

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” {Ahmad}


Teruskan usaha. Usaha memaksa diri. Untuk banyakkan amalan di dunia. 

Semoga kita berjaya. Amin

Ampun maap atas segalanya. 

Assalammu'alaikum.

3 comments:

  1. best ada sahabat yang saling mengingati :)

    ReplyDelete
  2. Kawan Atiqah kasim12 July 2014 at 07:13

    AlMulk jom! >_<
    kalau yang ni,tiap malam..ngeee~

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.