Caption : No caption.
Assalammu'alaikum.
Sebelumnya, entri ini dikhususkan untuk pelajar sambestari.
Dan sebelum itu, sekalung penghargaan dan sebakul ciuman juga sebesen kasih sayang diberi kepada Atiqah Kasim pipi berlemak {jangan tuntut kat sekolah haha}.
Kerana setiap hari Jumaat, beliau akan post di pesbuk. "Kahfi jom?" :)
Itulah sahabat sejati. Mengingatkan.
Sebab aku sendiri asyik lupa, leka. Maklumlah, nak kemas katil pun aku boleh lupa.
_______________________________________________________________
Semua orang tahu, semua orang pasti cakna. Tentang fitnah dajjal pada akhir zaman.
And the fact is, kita memang akhir zaman.
Fitnah dah berleluasa. Seolah-olah fitnah tu, hujan. Terabur merata.
Dari mana kita nak dapat cahaya kebenaran, sedangkan yang hak dan yang batil jua susah dibeza?
"Sesungguhnya barang siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." {Hakim}
Keihklasan bermula dengan paksaan. Aku kerap ulang kata-kata ni dalam setiap entri aku.
Makanya, paksakan diri, ikhlaskan hati. Sebab kita kekurangan cahaya dari illahi. Jadi, kita harus mencari.
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” {Ahmad}
Teruskan usaha. Usaha memaksa diri. Untuk banyakkan amalan di dunia.
Semoga kita berjaya. Amin.
Ampun maap atas segalanya.
Assalammu'alaikum.
source ;
best ada sahabat yang saling mengingati :)
ReplyDeleteBetul :)
DeleteAlMulk jom! >_<
ReplyDeletekalau yang ni,tiap malam..ngeee~