Islam, the Way of Life.

Al Hamdulilah :) | via Facebook
*muhasabah*



ASSALAMMU'ALAIKUM.

Dah lama aku rasa aku tak buat apa-apa perkongsian or anything here.

Tadi aku godek godek facebook and *ting* ilham muncul. Heh.

So here i want to share something. Hopefully it will mean much to us.

Tak banyak, sikit ; tak sikit, banyak.

Bismillah.


□□□□□



"Sesungguhnya deen yang diredhai di sisi Allah hanya Islam." ((ali-imran:19))

"Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai deen, maka sama sekali tidak diterima daripadanya,......"((ali-imran:85))


Dan alhamdulillah, aku, kau dan mungkin majoritinya antara kita dilahirkan sebagai muslim

Lahir lahir je, ouh i am a muslim and i have nothing to worry about.

Tapi persoalannya, kita amalkan islam secara syumul ke, main pilih ikut suka?


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah islam secara kaffah (menyeluruh)...." ((al-baqarah:208))


Ya, aku sendiri akui, nak amalkan islam secara menyeluruh tu susah. Dan hal tu, sememangnya dipandang enteng. Dipandang mereng.

Tapi disebabkan ia dipandang enteng, ramai muslim kat club malam.

Ramai muslim yang ditangkap basah.

Ramai muslim yang tak bertudung.

Ramai muslim yang tak solat.

Ramai muslim yang bunuh diri sebab tak ada tujuan hidup.

MUSLIM okay, muslim. Bukannya kafir.

Islam ni terlalu menarik.

Tapi takde satu pun ke yang terkesan dalam hati muslims nowadays untuk terus mengamalkan islam secara menyeluruh?

Takde satu pun ke yang terkesan dalam hati muslims yang dah murtad?

Sedangkan banyak yang terkesan dekat kafir yang dah jadi muallaf?


□□□□□


Kadang-kadang kita sempitkan pemikiran kita. 

"oh ustazah celop nak kasi ceramah, pergi masjid lah!"

Manusia spesies macam ni, sedang sempitkan pemikiran dengan kebodohan dan kesombongan, they proud of themself.

Walhal diorang tahu, yang sebenarnya Allah tu ada di mana-mana, bukan setakat di masjid semata.

"Fuyoo, dah bertudung litup sekarang. Kolot beb."

Situasi ni kebiasaan berlaku pada manusia dari kalangan orang biasa, yang sedang berusaha untuk berhijrah dan berubah ke arah luar biasa.

Tapi malangnya, orang di sekeliling mengganggap perubahan itu kolot.

Semakin seseorang menutupi badannya, semakin kolot. Ouh how a great thinking so beruk adalah yang paling moden! ((hipotesis ditolak))

Kadang kadang kita dijauhi sebab perubahan yang kita lakukan.

Kadang kadang kita dibenci sebab penghijrahan yang kita dekati.

Dan kadang kadang hati kita sendiri ragu ragu dengan perubahan yang kita ingin tuju.

No worries,

"....jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..." ((at-taubah:40))


Our life is for Allah, 100%.

Yang akan menghakimi kita nanti adalah Allah. Bukan manusia manusia yang lemah.

Jadi teruskan berusaha untuk mengamalkan islam secara menyeluruh.

Jangan pilih untuk mengucap dua kalimah syahadah je, tapi solat ditinggalkan bersepah.

Jangan pilih untuk solat sahaja, tetapi aurat didedahkan di mata dunia.

Jangan pilih untuk menutup aurat semata, tetapi puasa entah ke mana.

Pilihlah untuk mengucap dua kalimah syahadah dengan sempurna, solat yang utama, puasa and tutup aurat dengan jayanya.

Sebab islam bukan boleh pilih pilih mana nak tunaikan, tapi islam mesti diamalkan secara sempurna dalam kehidupan.

□□□□□

Perubahan tu memang memakan masa. Memang.

Tapi perubahan itu memerlukan usaha.

Dan usaha memerlukan doa.

Sebab usaha tanpa doa itu sombong. Doa tanpa usaha itu bohong.

And nothing will change if we change nothing.

So, keep moving.

Be afraid of just standing still.

We hijrah together, getting to jannah forever, in sha Allah :)


ASSALAMMU'ALAIKUM.

4 comments:

  1. In shaa Allah.
    bukan semua yang murtad tu terus murtad selamanya. Kadang mereka keluar dari Islam, ada 'alasan' mereka sendiri. Tapi, akhirnya ada sebahagian yang keluar dari Islam, kembali pada Islam. Mungkin itu sudah tertulis untuknya.

    Betul tu, perubahan memerlukan masa. bukan terus berubah 100% dalam sekelip mata. :)

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.