Real Ukhuwah.

Summer♡
Me and you will last long forever, in sha Allah.



ASSALAMMU'ALAIKUM.

Hampir lima bulan tangan aku tak menyentuh papan kekunci. Kekangan masa, masalah melanda dan periksa. Semuanya berjalan dengan pantas.

Dan sekarang aku ingin cuba untuk teruskan penulisan. First of all, sorry for any awkward. So lets get started!

□□□□□

Malam tu program badar. Bacaan surah harian. Aku pegang tafsir sebelah tangan dan cuba untuk membaca. Tapi mulut aku tak bergerak.

Kaku. Kelu.

Fikiran aku menerawang. Dan air mata aku tiba tiba bergelinang.

" Ya Allah, tabahkan aku. "

Aku terus menangis. Sebelah lagi tangan aku menyapu air mata yang menitis.

Semuanya berjalan terlalu pantas. Bacaan surah harian tamat. Dan aku? Langsung tidak membaca.

Aku bangun ke para, meletakkan tafsir merah kesayangan aku.

Dan aku pergi ke Najihah.

" Najihah, temankan aku. "
- " Pergi mana? "
" Tak tahu, aku nak nangis. "

Dia peluk aku. Kuat. Mungkin dia nak salurkan semua kekuatan yang dia ada. Atau mungkin dia nak aku tau yang dia ada kat sisi aku waktu aku perlu.

Aku menangis sampai aku puas. Dan program badar malam tu, aku rasa hambar sangat.

Dan bila dia tanya aku, kenapa aku nangis. Dan bila sesiapa tanya kenapa aku nangis. Aku cuma senyum, "takde apa."

□□□□□

Periksa geografi. ((lebih kurang open book test))

Bila aku dah siap, pandangan aku melilau.

Mata aku berhenti dekat sesuatu "objek", bertudung labuh, membaringkan kepala atas meja dan pegang pen.

Dan tiba tiba aku menangis. 

"Ya Allah, aku rindukan dia. Aku dah kehilangan dia yang aku sayangi. Dan aku sayang dia kerana Mu. "


Aku pujuk hati sendiri. Aku pandang dia tak berkedip, tak berkelip.

Tiba tiba kami berkongsi satu pandangan. Pandangan kosong. Atau mungkin pandangan benci.

Aku menunduk dan dia menghalakan matanya ke arah lain.

Aku mengusap muka aku. Dan aku beristighfar berkali kali. Aku kena yakin yang semua yang berlaku ni, ada hikmah.

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu terdapat kemudahan. " (assyarh : 5, 6)


Aku adalah punca kenapa persahabatan kami jadi begini.

Aku sendiri tak pasti.

Apa yang aku tahu, aku sayang dia.

Dan sejak daripada tu, aku menangis setiap kali aku terpandang dia.

Perasaan kehilangan ni, bukan sebab dia mati. Dan takkan sama kalau dia mati.

Aku rindu dia, itu pasti.

□□□□□

Aku rindukan persahabatan kami yang dahulunya sarat dengan gelak tawa. Dia dekat tapi terlalu jauh untuk disapa.

Aku tak pernah menangis disebabkan kawan, and this would be the first time, I guess.

Kadang kadang aku rasa putus asa. Putus asa dengan segalanya sebab aku terlalu perlukan dia, sebab aku terlalu sayangkan dia.

Dan prep malam (yang besoknya periksa khb), aku pergi 2 Farabi.

" Nafisah, temankan aku, aku nak nangis. "

Dan dia korbankan masa dia, untuk aku.

" Puteri, kalau kau nak nangis, nangis je sampai kau puas. Sebab kadang kadang nangis boleh buat kau rasa tenang. Dan kau cuba nangis luahkan kat Allah. "

Dan bila aku cerita sikit kat dia, dia senyum. Aku tahu, dia pernah lalui something yang lagi teruk daripada aku.

" Mungkin Allah nak tunjuk yang selama ni kau terlalu bergantung dekat manusia. Mungkin Dia rindu nak dengar kau mengadu. Dan ini masa paling tepat. "

Dan waktu tu, aku mengiakan dalam hati.

Betul. Selama ni aku dah lama dalam zon selesa.

Berada di kalangan kawan kawan yang sentiasa bersuka ria.

Dan susah untuk aku menangis kerana dosa yang aku ada.

Waktu itu, masa itu, Allah nak ingatkan aku dengan dunia yang takkan lama.

Aku cuba mengukir senyuman.

Aku cuba tiupkan semangat.

Walau aku kehilangan seorang sahabat yang aku sangat sayangi, aku tau yang Allah akan bagi ramai lagi.

Walaupun dia tiada pengganti, aku akan terus sayang dia.

Ukhuwah tu bila dia perlukan aku, dan bila aku perlukan dia. Memang aku perlukan dia, tapi dia sebaliknya.

Dan mungkin lebih banyak kebaikan kalau hubungan kami dileraikan.

Mungkin untuk seketika. Kami perlukan ruang untuk lupakan persengketaan, mungkin.

Dan aku cuba untuk lupakan segalanya.

□□□□□



Cerita yang aku coretkan ini, hanya perkongsian. Atau mungkin kalian boleh ambil sebagai pengajaran.

Tangan aku pun bergetar nak tekan publish. Hati aku sendiri ragu ragu.

Okay, bismillah.

Bye.

ASSALAMMU'ALAIKUM. 

2 comments:

  1. kuat ya Aida..btol tu..mgkin Allah rndu utk dkt dgn kau..sabarlh..kau boleh..

    ReplyDelete
  2. So sweet!! -Najj-

    ReplyDelete

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.