We'll get what we deserved.

True 💜
***



Assalammu'alaikum.


Pernah dengar tak?

"Rasanya, boleh tak dapat isteri tak layan lelaki?

Boleh kalau kau pun tak layan perempuan. Jodoh mencerminkan diri kita." ;



Dan aku selalu mengimpikan yang terbaik untuk diri aku.


Aku impikan untuk dapat kawan kawan yang sayang aku kerana Dia.

Tapi aku sendiri tak berkawan kerana Yang Maha Esa.


Aku impikan untuk dapat layanan yang terbaik daripada semua.

Tapi aku sendiri jarang berbaik dengan mereka.


Aku impikan untuk dapat sahabat yang memahami.

Tapi aku sendiri jarang berusaha untuk memahami sahabatku sendiri.


Aku impikan untuk mendapat segala yang sempurna, segalanya.

Sedangkan aku sedar, aku sendiri takkan pernah sempurna.


Nak tau tak? :)


"Jika memilih, pilihlah pilihan yang terbaik dan jika dipilih, jadilah pilihan terbaik untuknya." ;



*****


Mungkin ini antara post terakhir aku di tahun 2014.

Ampunkan aku atas segala kesalahan dan kekurangan.


Assalammu'alaikum.

No comments:

Post a Comment

Kata-katamu adalah semangatku.
Ceh.