Caption : No caption.
Assalammu'alaikum.
Akan ku cuba menaip. Setulus yang mungkin. Seikhlas yang mungkin. Sehabis yang mungkin. Kerna aku ingin dunia melihat. Ya, aku inginkan suatu perubahan. Walau aku tak sempurna. Aku akan cuba.
When I go out, people will look me. People will look my dressing, the way I walk and talk. I am a MUSLIM and i must be like a MUSLIM.
Aku sendiri akui, menutup aurat dengan sempurna, memang susah. Dan aurat. Ah, suatu yang remeh. Dipandang enteng.
Tapi, kerana aurat, lebih ramai perempuan di neraka berbanding lelaki.
Kerana aurat, seorang perempuan dirogol oleh 38 orang lelaki.
Kerana aurat, iman seorang lelaki goyah.
Kerana aurat, perempuan kini tidak lagi dipandang sebagai perhiasan terbaik dunia.
Semuanya bermula dari aurat. Ya.
Aku sendiri pernah freehair. Aku sendiri pernah keluar berlengan pendek. Aku sendiri pernah keluar tanpa stokin.
Tapi semua boleh berubah. Daripada lengan pendek, boleh berlengan panjang.
Daripada stokin kaki, bolehlah tambah stokin tangan :) Ehe.
Biar gambar berbicara.
Tutup aurat tu takperlu tunggu hidayah. Sebab apa?
Sebab hidayah tu tak datang bergolek. Kita yang kena cari hidayah.
Hidup kita ada dua keputusan. Sama ada syurga atau neraka. Dan kehidupan di syurga tu, selamanya. Just imagine! Selamanya. Dan selama-lamanya.
Panas sikit je kat dunia. Nanti kat syurga, wah sejuk je.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).... {Surah Al-Ahzab : 59}
______________________________________________________________
"Tak sembahyang takpe, freehair takpe. Asal hati baik sudah. Orang pakai tudung pun hati busuk."
Ah, sudah. Orang macam ni, sebenarnya sedang menunjukkan kebanggaan dengan kejahilan dalam keegoan. Menganggap diri sendiri dah baik, walhal berani melanggar perintah Allah. Itu dikatakan baik?
"Ala, apa benda ni tutup litup bagai? Tak ikut trend. Tak moden!"
Satu masalah lagi.
Pakaian kurang kain, itu bukannya moden. Jika semakin kurang kain itu semakin moden, maksudnya beruklah yang paling moden.
Kalau kita hidup semata untuk manusia, makanya bersiap-sedialah menanggung malu di akhirat.
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian. -muslim-
Ada jugak, "doakan la i dapat seru pakai tudung. Banyak pahala uolls."
Memang bagus kita ada niat nak tutup aurat. Tapi jangan mengharapkan doa sahaja tanpa usaha tuan empunya badan. Sebab apa?
Sebab doa tanpa usaha itu bohong. Dan usaha tanpa doa itu sombong.
__________________________________________________________________
Maka, berubahlah. Perubahan memang memakan masa. Tapi jangan pula menunggu masa dan terus terleka.
Kerana masa tidak akan menunggu. Mati tidak akan menunggu.
Jika kita masih berada di takuk yang lama dan tak kepingin berubah, ketahuilah.
Ketahuilah yang baju lama untuk menyarung nangka itu jauh lebih mulia dari baju moden kita yang tak membantu untuk ke syurga.
Ketahuilah yang baju lama untuk menyarung nangka itu jauh lebih mulia dari baju moden kita yang tak membantu untuk ke syurga.
Mungkin, tajuk ni agak berat. Tapi, memang itu realiti. Kerana kita selama ini seperti di dunia fantasi.
Leka.
Assalammu'alaikum.
Nice one, ;D
ReplyDeleteTerima kasih kakak dorm :p
DeleteMembuka minda masyarakat. Bagus belia Malaysia! :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih :D
Deletesangat setuju.. teruskan berblogging..
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteManusia selalu suka menuding jari sesama sendri. Btw, love it puteri :)
ReplyDeleteYes, true :) Thank you :D
DeleteDeep gila ayat! I will keep updated with your blog.
ReplyDeleteTerima kasih. Aw terharu :'D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMantapp laaa puterii :D Saya suka saya suka ;)
ReplyDeleteTerima kasih Ain comel :D
Delete